APAKAH PROGRAM ACCELERATOR ABS?

Ramai orang yang bertanya tentang program accelerator ABS.

Di dalam program ini, setiap syarikat melalui fasa startup, pengembangan, transformasi dan nilai tinggi tergantung kepada status syarikat sekarang. Setiap fasa ini ada strategi dan cara pengurusan yang khusus kerana objektif, saiz, pengalaman dan penerimaan pasaran yang berbeza.

Syarikat startup objektifnya adalah untuk ‘survive‘ di pasaran dan perlu mengelak dari dihimpit oleh syarikat-syarikat yang lebih besar. Strategi mereka lebih kepada project-based dan tidak jangka masa panjang sebab mereka perlu tentukan setiap project menjana keuntungan-keuntungan kecil. Disini aktiviti pengumpulan modal perlu ada untuk dana sendiri untuk berkembang.

Syarikat yang berkembang pula perlu ada strategi yang lebih jangka masa panjang sebab ia sudah ada kos tetap yang harus dibayar walaupun jualan merudum. Ia juga harus ada modal untuk berkembang dan kalau startupnya bagus maka mereka harus sudah ada modal sendiri. Pesaing juga sudah mula mengenalinya dan akan bersaing hebat untuk merebut pasaran.

Fasa selanjutnya ialah transformasi bisnes. Di sini syarikat perlu ada ‘cooling off’ period dari berkembang untuk menganalisa bisnes sebelum menuju kepada fasa yang lebih besar. Penstrukturan bisnes perlu dilakukan untuk mengurangkan kos, menyusun semula operasi dan strategi-strategi yang khusus untuk menawan pasaran baru dan lebih besar. Kadang-kadang penguncupan bisnes perlu berlaku untuk berkembang semula dengan nafas baru.

Bila syarikat sudah besar, maka sekarang ia harus ada strategi untuk menaikkan nilainya seperti nilai persepsi. Ini dilakukan dengan penyusunan aset, kolaborasi dengan syarikat besar lain atau lain-lain kaedah. Nilai tinggi ini akan menarik pelabur-pelabur sofistikated untuk melabur kerana di fasa nilai tinggi angka-angka sudah mencecah jutaan atau puluhan jutaan ringgit.

BACA:  Taklimat Khas & Pendaftaran

ABS mempunyai mentor-mentor berpengalaman yang boleh membimbing syarikat-syarikat melalui semua fasa-fasa ini. Ini tujuan ‘accelerator’ yang bermaksud memacu syarikat dari startup sehingga menjadi ‘high value‘ atau nilai tinggi.

Anak-anak syarikat ABS telahpuh mula digerakkan ke arah ini dengan program coaching, mentoring dan pantauan yang dilakukan setiap minggu atau bulan. Ada yang dalam fasa startup, pengembangan dan transformasi menuju ke nilai tinggi.