PENGAMBILAN PERTAMA – MENGENAI AKADEMI BISNES ABS

Akademi Bisnes ABS mengadakan modul-modul ilmu bisnes yang ABS unjurkan untuk anda belajar untuk memahami semua aspek bisnes. Konsepnya adalah lebih baik tahu dari awal dari langgar dinding dan baru mahu belajar.

Modul-modulnya adalah:

  1. KEWANGAN – dimana pelajar akan belajar interpretasi akaun dan CSInya bagaimana mahu mengenal masalah yang menyumbangkan kepada kebocoran wang syarikat. Belajar bagaimana mahu buat bajet syarikat yang akan jadi panduan bagi strategi bisnes anda.
  2. PEMASARAN – analisis jenis, segmen, strategi, quadran pasaran untuk mengenalpasti pasaran anda. Avatar pelanggan anda? Teknik pemasaran seperti F2F, online, tuturbahasa jualan dan lain-lain yang anda perlu tahu untuk menjual.
  3. BRANDING – Bina brand anda sendiri dengan teknik-teknik bagaimana memilih logo yang sesuai untuk bisnes dan segmen pasaran anda. Siapakah pelanggan anda dan sesuaikan logo dengan avatar pelanggan anda.
  4. PERSYARIKATAN – Fahami jenis-jenis syarikat seperti Enterprise, PLT dan lain-lain. Tahu apa yang boleh dan tak boleh. Cukai, GST, saham anda, modal dan lain-lain.
  5. UNDANG-UNDANG BISNES – Belajar mengenai jenis-jenis perjanjian seperti shareholders agreement, licensing agreement dan lain-lain yang anda perlu tahu untuk mengembangkan bisnes anda dan lindungi hakcipta bisnes anda.Tentukan perjanjian dengan rakan kongsi semua jelas dan tidak menjadi masalah yang menghantui anda satu hari.
  6. PENILAIAN DAN PELABURAN – Anda mesti mahu tahu nilai syarikat anda. Bagaimana menarik dan memilih pelabur. Bagaimana mahu meningkatkan nilai persepsi syarikat anda. Penilaian yang tinggi oleh pelabur menaikkan nilai saham anda.
  7. PEMBANGUNAN TIM – Bekerja dalam satu tim akan meningkatkan produktiviti anda. Belajar bagaimana membentuk dan mengendalikan tim. Konsep dan pengajaran dari Perang Badar
  8. PERANCANGAN STRATEGI – Adakan satu perancangan strategi bisnes untuk syarikat anda. Perancangan jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Kupas isu-isu dan masalah syarikat dan adakan pelan tindakan untuk mengatasinya. Jadikan ia sebahagian dari perancangan anda.
  9. PENGURUSAN OPERASI – Pelajari SOP pengurusan untuk mengawal wang masuk dan keluar dari syarikat anda. Pelajari konsep pengurusan lean operation/management , pengurusan konvensional dan pengurusan profit center. Kenali karakter staf dan cara memgurus mereka
  10. PENGURUSAN GAYA NABI – Pelajari cara nabi menangani isu-isu bisnes dan pengurusan. Pengajaran-pengajaran yang boleh didapati dari pengurusan bisnes nabi di Madinah, Perjanjian Hudaibiyah dan Perang Badar.
  11. ASAS BISNES – 10 asas bisnes anda mesti tahu dalam memulakan dan menjalani bisnes. Konsep untung, rugi, pulang modal (breakeven), kiraan pulang modal, asas pasaran, analisa pesaing, analisa bisnes anda, tingkatkan jualan, kawalan kos, kawalan mutu, khidmat pelanggan, organisasi asas, modal mudah.
BACA:  Akademi Bisnes ABS - Pengambilan Oktober 2017

APAKAH MATLAMAT AKADEMI BISNES ABS:

  1. Ilmu pembelajaran bisnes sebenar dari mentor-mentor ABS yang berpengalaman dalam mengajar dan menguruskan sekumpulan syarikat. Untuk bakal usahawan, usahawan baru mula dan melatih staf yang bakal menjadi ketua-ketua syarikat.
  2. Peluang menjadi usahawan dan berbisnes di dalam eko-sistem bisnes ABS yang ada lebih 40 syarikat dan beratus lagi cawangan di bawah mereka.