Jual banyak tapi RUGI. Ada beberapa kemungkinan.

Jualan kita tidak mencapai sasaran. Soalannya kita tahukah berapa sasaran kita untuk untung atau sekurang-kurangnya breakeven/pulang modal.

Kos kita mungkin lebih tinggi dari kita sangkakan. Kita tidak ambil kira kos-kos yang ada lebih-lebih lagi kos tetap kita. Kita lebih memberi perhatian kepada kos produk/bahan kita iaitu kos berubah kita

Kita juga tidak membuat analisa tentang pasaran yang kita masuki. Apakah jenis dan segmen pasaran kita? strategi pemasaran kita? Siapa pesaing kita? Sebab tu kita tak dapat menjual dengan baik

Pasaran sentiasa berubah. Pesaing baru akan masuk. Permintaan mungkin berkurangan kerana produk kita tidak trendy lagi. Kita tidak boleh menganggap kalau kita jual laris hari ini ia akan tetap laris sampai bila-bila

Perlu belajar analisa, faham, buat strategi dan ambil tindakan.

BACA:  4 Fasa Membuat Kajian Pasaran dan Membangunkan Bisnes