Soalan-soalan Lazim Mengenai Akademi Bisnes ABS

 

TENTANG AKADEMI BISNES ABS

Apakah Akademi Bisnes ABS?

Akademi Bisnes ABS (ABA) adalah sebuah inisiatif oleh ABS Ainon Holdings Sdn Bhd untuk mengajar ilmu bisnes sebagai program alternatif kepada anak-anak muda lepasan SPM, mereka yang sedang bekerja dan merancang untuk membuka bisnes dari segenap lapisan umur (tiada had) dan mereka yang baru memulakan bisnes.

Apakah objektif Akademi Bisnes ABS?

Objektif kami di Akademi Bisnes ABS adalah untuk memberi pengajaran ilmu bisnes praktikal sebagai satu alternatif

Apakah kursus yang ditawarkan oleh Akademi Bisnes ABS?

Program pertama yang lahir dari Akademi Bisnes ABS adalah DILPOMA KEUSAHAWANAN ABS.

Mengapa Akademi Bisnes ABS?

Akademi Bisnes ABS merupakan sebuah akademi yang mengajar usahawan bukan sahaja secara teori , juga berbisnes secara realistik dan sistematik. Tenaga pengajar ABA adalah mereka yang berpengalaman dalam bidang masing-masing secara individu.

Siapakah yang patut menyertai Akademi Bisnes ABS?

Mereka yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan, yang telah mempunyai bisnes dan mahu belajar lebih mengenai bisnes secara sistematik dan realistik.

DIPLOMA KEUSAHAWANAN ABS

Adakah kursus yang ditawarkan mendapat kelulusan KPT?

Diploma Keusahawanan ABS merupakan sebuah inisiatif dalaman ABS dalam memberikan ilmu tentang bisnes dan menyediakan platform belajar kepada usahawan. Ianya bukanlah sebuah pengajian yang berkelulusan MQA dan KPT.

Berapa lamakah tempoh pengajian di Akademi Bisnes ABS?

Tempoh pengajian adalah TIGA semester iaitu 18 bulan. Satu semester akan berlangsung selama 6 BULAN @ 18 Minggu.

Bagaimana cara untuk memohon mengikuti pengajian ini?

Permohonan boleh dibuat dengan menghantar borang permohanan yang telah disertakan didalam website ini.

Berapakah bayaran yang dikenakan untuk mengikuti pengajian di Akademi Bisnes ABS?

Setiap pelajar yang mengikuti pengajian di Akademi Bisnes ABS akan dikenakan yuran pendaftaran RM400 dan Yuran Pengajian RM3500 untuk setiap semester.

Bagaimanakah cara bayaran pengajian?

Bayaran boleh dibuat melalui perbankan internet atau deposit bank.

Dimanakah kelas akan dijalankan?

Kelas akan berlangsung di BILIK LATIHAN ABS yang terletak di No 11, Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100, Gombak, Kuala Lumpur.

Apakah kemudahan yang disediakan semasa kelas berlangsung?

Kelas Akademi Bisnes ABS dilengkapi dengan kemudahan seperti tandas, surau, jaringan WIFI dan Coway.

Masih ada persoalan tentang Akademi Bisnes ABS yang belum terjawab?

Share This