KATA-KATA ALUAN PENGETUA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tenaga pengajar dan urusetia yang telah menjayakan penggubalan ‘Buku Panduan Pelajar Akademi Bisnes ABS‘ ini. Buku panduan ini bertujuan untuk menjadi rujukan kepada pelajar dan seterusnya menjadi pengenalan kepada Akademi Bisnes ABS (ABA). Besarlah harapan saya agar buku panduan ini akan melicinkan lagi perjalanan sepanjang pengajian di ABA.

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar ABA. Tahniah kerana telah menjadi pelajar yang lebih berinisiatif tinggi dan berkemahuan untuk belajar ilmu bisnes sebenar. ABA telah ditubuhkan dengan harapan untuk menerap nilai-nilai bisnes praktikal yang boleh diterapkan dalam bisnes sekarang atau akan datang. Program Diploma Keusahawanan ABS ini diharapkan dapat memberikan perjalanan bisnes yang optimis dan membawa kepada kejayaan bisnes itu sendiri.

Sekian, Terima Kasih

Pengetua Akademi Bisnes ABS

Adibah Binti Kasmuni

Share This