Bisnes adalah ibarat seperti satu jigsaw puzzle (jigsaw teka-teki) yang bila dicantumkan dengan kepingan-kepingan ilmu yang sesuai akan melengkapkannya dan matlamat bisnes anda akhirnya tercapai. Anda harus mencari kepingan-kepingan ilmu yang sesuai untuk bisnes anda kerana bisnes anda unik dan tidak sama dengan orang lain.

Kepingan-kepingan ilmu yang anda cari ini adalah sama ada dari mentor, kawan-kawan seperniagaan, bacaan berguna dan lain-lain sumber. Ilmu-ilmu ini adalah dalam pelbagai bidang dari jualan, operasi, SOP (Standard of Procedure), kawalan kos, kewangan dan lain-lain.

Kita selalunya fokus kepada ilmu asas iaitu jualan, operasi, penghantaran cukup-cukup untuk menjual dan mendapat wang. Apabila kita menghadapi masalah baharu kita mencari ilmu-ilmu untuk menyelesaikan masalah kita. Sementara dalam pencarian dan belum mendapat ilmu yang sepatutnya, mas]alah kita semakin mendalam sehingga menganggu operasi bisnes kita seperti cashflow tidak stabil, produk tidak boleh dijual, kos operasi terlalu tinggi dan sebagainya.

Ini ibarat jigsaw puzzle bisnes kita tidak lengkap dan rompong sini sana kerana kita buntu dalam pencarian untuk melengkapkannya. Kita mencari kepingan-kepingan ilmu yang relevan tapi ia memakan masa yang lama. Malangnya kadang-kadang apabila kita fikir kita dapat kepingan-kepingan ilmu ini dan kita cuba cantumkan kita sedar yang ianya tidak sesuai dan teruskan pencarian. Soalannya mampukah bisnes kita bertahan dengan jigsaw puzzle bisnes rompong kita sementara kita dapat melengkapkannya? Inilah cabaran bisnes kita

AKADEMI BISNES ABS mengumpulkan semua ilmu-ilmu bisnes berdasarkan pengalaman dan kepakaran mentor-mentor sendiri (ada yang melangkaui 20 tahun), pengalaman menguruskan syarikat IKS ABS sendiri sebanyak 30 – 40 syarikat dan juga kepakaran membuat coaching dan mentoring untuk lebih 100 syarikat luar setakat ini. Ilmu-ilmu ini adalah kepingan-kepingan yang anda boleh gunakan untuk melengkapkan jigsaw puzzle bisnes anda yang sedang rompong atau baharu sahaja hendak anda ilhamkan.

Sesetengahnya nampak tidak relevan sekarang tapi sekurang-kurangnya anda ada kepingan-kepingan ilmu ini yang bila masanya sampai anda boleh gunakan untuk mengisi ruang-ruang rompong di jigsaw puzzle bisnes anda yang anda rangka. Bisnes akan melalui pelbagai fasa dan setiap fasa perlukan ilmu-ilmu baru untuk menangani cabaran baru yang anda akan lalui. Anda tidak akan menyangka yang ilmu itu relevan sehingga anda menghadapi masalah berkenaannya kerana anda tidak boleh melihat masa hadapan.

BACA:  ACCELERATOR DI ABS

Akan tetapi anda boleh buat sesuatu untuk mengatasinya kerana anda telah pelajari ilmu itu tanpa perlu menjelajah cari ilmu yang mungkin akan memakan masa yang lama. Ibarat anda ada kepingan yang sesuai yang bila anda padankan ke jigsaw puzzle rompong anda ianya masuk dengan cantik terletak di tempatnya.

Itulah keistimewaan AKADEMI BISNES ABS. Sebuah pusat pengajian dimana anda boleh membentuk jigsaw puzzle bisnes anda dan adakan kepingan-kepingan ilmu yang anda boleh guna dan padankan untuk perlahan-lahan melengkapkannya dalam perjalanan bisnes anda yang bakal anda tempuhi.

Lebih baik tahu dan ada bekalan dari menempuhnya dari hanya mengharapkan permainan nasib sahaja

Diploma Keusahawanan ABS
2 hari Sabtu & Ahad 13 jam seminggu
2 semester x 18 minggu = 36 minggu
Semester 3 untuk latihan praktikal dan membuat disertasi pelan bisnes dan bajet
Kos = RM 145.80 seminggu

Wang tidak menjadi penghalang kerana kosnya sangat rendah. Malangnya ramai yang tidak mahu mengorbankan masa hujung minggu mereka kerana itulah waktu bersantai selepas penat bekerja ataupun berbisnes. Ada juga yang berbisnes hujung minggu lagi untuk menambah pendapatan tanpa menyedari yang tanpa mendalami ilmu bisnes, bisnes mereka tidak berkembang dan hanya kitaran wang berpusing dalam akaun yang menampakkan seolah-olah bisnes mereka aktif. Ada wang masuk dan ada yang keluar. Untung? Rugi? Tidak tahu.

Bagaimana kami tahu? Sebab kami sudah menjadi mentor banyak syarikat yang menceritakan perkara yang sama kepada kami. Jualan tinggi sampai RM100K sebulan tapi tidak untung atau untung sedikit yang meragukan. Tambah cawangan tapi jualan tidak berganda malah ada yang turun. Tidak boleh menjual. Konsep bisnes meragukan. Mahu berkembang tapi tidak tahu bagaimana. Nak berkembang tidak ada modal sebab jualan – kos = kosong atau negatif. Saya seperti mendengar rekod (sekarang mp3/mp4) yang dimainkan berulang kali setiap kali saya buat coaching dan mengajar benda yang hampir sama setiap kali (tapi diubahsuai sedikit untuk bidang bisnes berlainan).

BACA:  Taklimat Khas & Pendaftaran

Atas sebab ini, kami di ABS fikirkan adalah baik untuk membuat satu program pembelajaran untuk mengajar ilmu yang kami ajar sewaktu coaching ini dalam satu format yang tersusun untuk mudah dipelajari sebagai bekalan untuk yang mahu atau sedang berbisnes. Dengan konsep coaching kami hanya menjurus kepada penyelesaian masalah yang sedang dihadapi oleh syarikat sebab mereka dalam keadaan yang memerlukan. Ramai peserta coaching kami yang merasa terkilan kerana program Akademi Bisnes ABS ini hanya ada sekarang dan tidak masa mereka memulakan bisnes 3 – 5 tahun dahulu.

Bukan itu sahaja, program ini juga interaktif dimana anda boleh bertanya soalan tentang kemusykilan yang anda mungkin ada. Anda juga akan bekerjasama dalam satu tim untuk menyelesaikan masalah dalam setiap modul dan membuat presentasi berkumpulan. Ini adalah cara pembelajaran praktikal yang efektif dan juga mengajar anda untuk bercakap dalam mempersembahkan sesuatu presentasi.

Masih belum terlambat untuk anda yang masih baharu mahu menceburkan diri dalam bisnes untuk menyertai dan mempelajari ilmu bisnes ini. Saya tidak faham kenapa ramai yang sudah menghadapi masalah dan rugi beratus ribu baharu sedar dan mencari kami untuk jalan penyelesaian. Kadang-kadang masalah itu hanya asas tetapi oleh kerana tiada fahaman dalam kawalan kos, operasi, SOP dan lain-lain maka bisnes tidak untung walaupun jualan baik.

Korbankan masa muda dan lapang anda untuk masa depan bisnes anda. Jika anda tiada masa, hantarlah staf atau orang harapan anda untuk belajar. Sekurang-kurangnya nya ada seseorang dalam syarikat anda atau keluarga anda yang berilmu dan boleh anda harapkan untuk mengambil alih tampuk pimpinan satu hari nanti.

I never took a day off in my twenties. Not one. And I’m still fanatical, but now I’m a little less fanatical
Bill Gates

PELABURAN MASA DEPAN YANG PALING JITU ADALAH PELABURAN ILMU

KOMODITI YANG PALING BERHARGA IALAH MASA.
IA TIDAK BOLEH DI JUAL BELI ATAU DI ULANG KEMBALI

SERIUS BERBISNES
HANYA DI ABS