MILO adalah brand yang terkenal dalam bidang minuman popular dan memonopoli minuman berperisa coklat di tanah air. Brandnya sudah dibina dari tahun 1934 dan melalui bermacam-macam kempen pemasaran untuk kekal berada di tempatnya sekarang. Tiada siapa yang dapat menggugatnya buat masa ini.

Alangkah baiknya jika MILO dapat meminjamkan brandnya kepada kita supaya kita dapat mempromosikan barangan dan brand kita pula di bawahnya. Misalnya, kalau kita membuat biskut coklat atau cookie dan menjual dengan brand kita di bawah naungan MILO tertera di bungkusan seperti konsep NESTLE dan MILO. Sudah tentu biskut kita meletup sekelip mata sebab brand MILO sudah dikenali.

Tapi adakah NESTLE akan meminjamkan brand MILO kepada kita? Sudah tentu tidak. Ini kerana IP yang mereka jaga seperi menatang minyak yang penuh. Jenama-jenama lain yang besar juga tidak akan meminjamkan BRAND mereka selepas membelanjakan jutaan US dolar untuk kempen marketing mereka puluhan tahun lamanya.

Konsep francais membenarkan ini dilakukan contohnya SUBWAY, SECRET RECIPE dan lain-lain. Tetapi mereka mengenakan bayaran antara RM300,000 – RM600,000 yang di luar kemampuan ramai peniaga kita. Kita juga tidak boleh menjual produk kita sendiri dan dikekang dengan bermacam-macam syarat. Orang kita suka makan sandwich sardin tapi kalau SUBWAY kata “no means no“. Juga seperti kek lapis akan tetapi SECRET RECIPE tidak jualnya.

Kita boleh sahaja mempromosikan brand kita sendirian. Kos kita sendiri untuk mempromosikan brand kita akan menelan belanja ratusan ribu ringgit dan mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Masuk expo, iklan di media, buka cawangan banyak-banyak (ada yang sanggup rugi janji brand naik), advertise di billboard, online dan offline marketing dan lain-lain. Itu pun jika kempen marketing kita berkesan. Adakah kita mempunyai modal besar untuk berbelanja banyak bagi menaikkan brand kita? Saya fikir tidak ramai yang ada melainkan ada suntikan modal atau pinjaman dari luar. Jual saham dan hilang kawalan syarikat hanya untuk menaikkan brand? Pilihan yang……

BACA:  ORGANISASI KONVENSIONAL VS PROFIT CENTER (PUSAT KEUNTUNGAN)

Atas kesedaran ini, ABS mengadakan konsep menaikkan BRAND untuk tribe ABS. Konsep ini juga berjalan selari dengan potensi untuk pengembangan bisnes. Konsep ini dinamakan konsep lisensi ABS dimana anda boleh menggunakan nama ABS untuk mengenalkan brand anda di tribe ABS dan kemudian di luar.

Ia bermula dengan promosi syarikat anda di dalam tribe ABS melalui page FB puan Ainon Mohd yang mempunyai 180,000 followers. Puan Ainon Mohd sendiri akan tag dan memperkenalkan syarikat anda.

Hasilnya ialah ramai yang akan mengenali anda dan akan mahu berkenalan dengan anda. Ada yang berminat dengan produk anda, mahu jadi agen, dropshipper, partner dan juga lisensi anda.

Di sini adalah masa paling kritikal. Ada yang menerima beratus-ratus PM pertanyaan. Bagi yang berusaha melayan semua leads ini dan mempunyai staff yang pandai skrip marketing, maka mereka akan dapat ‘close‘ bermacam-macam untuk menjual produk mereka. Bagi yang buat tidak endah, lokek untuk bayar staff sales atau tidak melayan dengan betul, maka mereka tidak akan berjaya membuat closing sepatutnya. Ianya sama seperti anda membelanjakan ribuan ringgit untuk kempen marketing F2F, FB ads, Google ads, flyers dan lain-lain untuk dapatkan leads tapi tiada follow up. Anda fikir anda akan dapat jualan banyak?

Di bawah konsep ini, ABS tidak mengawal operasi dalam syarikat anda dan hanya membenarkan anda menggunakan nama ABS untuk menaikkan brand anda. Tidak banyak syarikat yang mahu lakukan ini. Semuanya mahu kuasa kawalan contohnya produk-produk anda dibrandkan di bawah nama mereka dengan keuntungan yang tinggi di pihak mereka ataupun mahu anda menjual produk mereka dengan MOQ yang anda dipaksa jual setiap bulan.

BACA:  ASAS BISNES - UNTUNG & RUGI

Konsep lisensi ini juga melalui pembaharuan menjelang 2018 dengan penambahan

1) ‘Sesi Mengopi’ setiap bulan dengan tribe ABS dan luar yang akan dikendalikan oleh pakar marketing ABS Tuan Mohd Firdaus Jailan. Tiada siapa yang tidak kenal tuan famous ini. Semua syarikat yang melalui sesi ini akan berpeluang meningkatkan networking mereka, mencari partner dan menjalankan sesi networking.
2) Perjumpaan 2 jam sebulan dengan mentor-mentor ABS seperti saya tentang isu-isu lisensi anda dan bagaimana untuk memperbaikinya

Konsep lisensi ini telah diimplementasikan oleh anak syarikat ABS sekarang:

1) TADIKA ABS
2) ABS PEST CONTROL
3) ABS OPTOMEDIK
4) ABS CUCIKARPET

Mereka telah mengimplementasi konsep lisensi ini dengan jayanya seperti gambarajah di bawah

Konsep ini kemudian dibuka dan dilebarkan untuk syarikat luar untuk mengembangkan brand dan bisnes mereka. Antara syarikat luar lisensi yang sekarang masih bersama ABS adalah:

1) ABS TOYS
2) ABS ARENA
3) ABS AYAM PAK SHEIKH
4) ABS SHAHMIE TRAVEL
5) ABS TEXTILE
6) ABS MOM’s HOUSE
7) ABS PRINCE BARBERSHOP
8) ABS CHAMO
9) ABS TOTAL FRESH
10) ABS MATHS CATCH

Ada lisensi yang tidak lagi meneruskan program ini kerana mereka sudah pun berjaya mengembangkan bisnes mereka dan meneruskan pengembangan bisnes mereka sendirian.

ABS tidak boleh menjamin yang bisnes anda akan maju dengan melalui program ini. Hanya ALLAH sahaja yang boleh menjamin. Tapi ABS membuka peluang untuk anda menggunakan tribe ABS untuk menaikkan brand anda. Anggaplah tribe ABS ini sebagai asas tapak untuk anda mula mengembangkan bisnes dan menaikkan brand anda dengan kos yang berpatutan.

Usaha dan Tawakkal. Insyaallah.

Jumpa saya untuk perbincangan lebih lanjut.