Milo adalah minuman coklat mampu milik. Harganya tidak banyak naik walaupun di makan zaman. (Milo bermula pada tahun 1934)

Begitu juga dengan Maggi dan Nescafe. Ini semua adalah makanan dan minuman mampu milik dan mengenyangkan.

Sebungkus maggi hanyalah RM1.++. Enak bila ditambah telur. Juga boleh letak sayur ayam udang dan lain-lain dan jadi makanan ala mewah.

Tapi makan maggi sahaja sudah kenyang. Maggi cup lebih mudah. Campur air panas sahaja. Mana nak dapat makanan mengenyangkan harga rm1.++ ? Bermacam-macam perisa lagi. Nasi bajet pun tak lepas.

Begitu juga dengan Nescafe. Kopi yang boleh diminum segera dari dalam tin. Kopi adalah minuman pagi yang seperti wajib untuk semua orang. Di negara-negara Jepun, Korea dan lain-lain, Nescafe atau kopi dalam tin dijual panas dalam mesin pemanas. Di sini sejuk sahaja. Saya tidak tahu kenapa tiada banyak yang panas.

Milo juga ada dalam kotak dan mudah diminum untuk kanak-kanak.

Pendek kata, dalam gaya hidup yang serba ingin cepat dan murah, Maggi, Milo dan Nescafe menepati citarasa.

Ada banyak pesaing sekarang tapi mereka tetap no 1!

Point saya ialah anda adakah produk seperti ini? Mudah, murah dan menepati citarasa. Ini rahsia kejayaan mereka.

Trend adalah juga penting tapi seperti Milo, Maggi & Nescafe, tidak banyak yang berubah. Cuma sekarang ada Nescafe Latte, Mocha untuk mengikut trend. Mana yang perlu ikut trend mereka akan buat.

Mereka juga ada produk premium seperti yogurt, aiskrim dan kopi (Nescafe Gold) dan lain-lain. Oleh kerana brand mereka dipercayai, produk premium mereka juga laris walaupun tidak sebanyak produk mampu milik mereka. Akan tetapi keuntungan mereka besar untuk produk-produk ini.

BACA:  Do or Die?

Dan yang paling penting ialah produk-produk NESTLE Malaysia adalah HALAL tanpa menimbulkan keraguan kepada pembeli beragama Islam.

Pengajarannya adalah kita mesti ada produk mampu milik yang menepati citarasa orang ramai. Untungnya tidak besar tapi dapat menampung bisnes kita. Ini untuk membina brand kita.

Kita kemudian boleh membuat produk premium dengan brand kita. Pasaran sudah percaya dengan brand kita dan akan mula membeli produk premium kita.

Kemudian kita buat produk mengikut trend seperti Hari Raya, cuti sekolah (banyak majlis perkahwinan dan lain-lain).

Brand kita akan menjadi pilihan utama sebab sudah dikenali ramai. Dengan syarat kita menepati harga dan kualiti mengikut segmen pasaran.

Kita sudahpun ada ‘unfair advantage‘ dimana sebagai peniaga muslim/muslimah pembeli muslim/muslimah sepatutnya membeli produk kita lebih-lebih lagi produk berbentuk islamiah dan halal tanpa keraguan.

Brand produk anda sebelum brand pesaing anda menenggelamkan produk anda.

Fikirkan strategi branding anda

Kami di ABS boleh membantu