Secara amnya, syarikat yang kami jumpa untuk mentoring & coaching selalunya mempunyai jualan yang baik. Jadi mereka boleh menjual dan tahu pasaran mereka.

Malangnya, lebih tinggi jualan mereka lebih tinggi kos mereka sehingga sampai satu tahap tidak nampak untung atau untung yang tipis. Mereka sendiri sedar ini tidak patut berlaku tapi mereka buntu untuk mencari solusi.

Oleh itu mereka berjumpa kami untuk bantuan. Analisa nombor-nombor mereka menunjukkan pembelian tidak terkawal, stok berlebihan, kos gaji tinggi, kutipan rendah, ‘misteri’ wang/stok hilang dan lain-lain.

Kami mengunjurkan bermacam-macam solusi tetapi akan memakan masa dan sukar kerana sistem kerja dan staf yang sudah ‘alah bisa tegal biasa” dengan cara lama. Ibarat ‘benang yang sudah tersimpul dan mahu diuraikan kembali’ pesan saya kepada pelajarĀ Akademi Bisnes ABS.

Itu sebabnya kenapa kami adakan program AKADEMI BISNES ABS Supaya dapat mengajar dan memberi awareness awal tentang pengurusan operasi dan kawalan kos

Modul 9 minggu awal adalah modul korporat utk memahami hal-ehwal bisnes seperti Persyarikatan, Perundangan bisnes, branding, pemasaran & pelabur & nilai.

Modul 9 minggu selanjutnya adalah modul operasi ie pengurusan operasi, asas bisnes, perancangan strategik, pembangunan tim & aplikasi gaya nabi utk bisnes.

Ini bagi semester 1.

Bebanan bagi syarikat yang hanya mengetahui punca masalahnya sekarang selepas bertahun berbisnes amat berat dan mengancam bisnes mereka. Perubahan besar yang mereka perlu buat amat perit dan menyebabkan tekanan emosi. Ada juga yang sukar menerima dan bergelut dengan realiti sebenar status bisnes mereka.

Elakkan masaalah2 bisnes dengan bertindak lebih awal.

Tiada jaminan tapi lebih baik tahu dari tidak tahu

BACA:  LAGI TENTANG STRATEGI MILO