Akademi Bisnes ABS ditubuhkan atas kesedaran yang banyak syarikat IKS bumiputra tidak mendalami ilmu bisnes dan ramai yang terkandas atau menghadapi banyak masaalah dalam fasa mengembangkan bisnes mereka

Apabila kita mulakan bisnes (startup), fasa ini sebenarnya mudah sebab kos kita rendah dan hanya kita dan partner kita yang menjual dan mengurus. Kita ambil gaji bila ada duit dan sebaliknya. Pesaing kita tidak memperdulikan kita kerana kita kecil.

Bila kita berkembang lebih besar, kita ambil staf dan ada kos-kos tetap lain. Jualan yang kita sangka akan sentiasa meningkat terbantut kerana pesaing mula sedar kehadiran kita dan mula bersaing. Mereka lebih berpengalaman dalam bisnes yang kita baru mula masuk. Masaalahnya, kita sudah mengembang dan gaji staf, sewa dsb mesti dibayar walaupun jualan tidak meningkat seperti dirancangkan. Fasa ini syarikat mula guyah dan berkemungkinan tidak dapat bertahan lama.

ABS peka kepada isu-isu ini kerana ia ada 50 syarikat IKS yang sedang berkembang dalam eko-sistem bisnesnya. Selain dari itu, ada puluhan syarikat luar yang mengambil program coaching & mentoring dengan ABS yang menghadapi masaalah seperti di atas

Akademi Bisnes ABS mengadakan modul2 ilmu bisnes yang ABS unjurkan untuk anda belajar untuk memahami semua aspek bisnes. Konsepnya adalah lebih baik tahu dari awal dari langgar dinding dan baru mahu belajar.

BACA:  Akademi Bisnes ABS - Pengambilan Oktober 2017