SENARIO BISNES

1. Syarikat sudah menjalankan bisnes bertahun-tahun tapi masih di tahap itu. Tidak berkembang dan tiada modal untuk berkembang. Mahu cari pelabur tapi keadaan syarikat tidak mengizinkan. Teruskan sahaja untuk menampung kehidupan harian tanpa ada hala tuju ke mana arah bisnes.

2. Jualan tinggi dan bisnes maju. Tapi wang tidak pernah ada. Malah selalu di paras-paras hidung dan kadang-kadang tenggelam. Di atas kertas, akaun menunjukkan keuntungan tapi duitnya tidak pernah nampak.

3. Masa mula berbisnes dengan partner semua sekepala. Bila dah ada duit, mula ada perbalahan pasal hak aku hak kau share aku share kau. Tak boleh duduk semeja. Akhirnya bisnes yang dah maju jatuh sebab semua tidak mahu mengalah dan kerjasama. Buat sendiri. Mula balik dari kosong.

4. Sedang bekerja. Tidak mahu kerja selama-lamanya. Mahu berbisnes. Soalnya bagaimana nak mula? Apa nak buat? Tengok member berbisnes ada yang ok dan ada yang problem. Itu yang risau.

5. Bisnes keluarga. Dari dulu dengan sekarang macam tu je. Nak maju tapi tiada siapa yang betul-betul pandai. Pandai buat dan jual. Tapi mahu besarkan, cari pasaran baru, urus operasi yang besar semua tak tahu. Nak dengar cakap orang je dah banyak dengar dan akhirnya kelaut.

6. Buat bisnes main langgar je. Ikut member. Mula-mula untung. Seronok. Lepas tu ambik orang nak support bisnes bagi besar. Kita pun boleh relaksĀ sikit. Mula problem. Orang lain buat tak ikut macam kita. Pelanggan mula komplen. Tak beli lagi. Nak bayar gaji pun dah susah. Kena bina balik bisnes

7. Bisnes makin slow. Ekonomi slow kot (nak sedapkan hati) Tapi pesaing-pesaing kita boleh pula menjual. Rancak pulak tu. Harga sama. Ada yang lagi mahal pulak dari kita tapi mereka masih boleh berbisnes.

BACA:  4 Fasa Membuat Kajian Pasaran dan Membangunkan Bisnes

SOLUSI KEMUNGKINAN

Kes 1 : Tidak tahu strategi berkembang tanpa modal besar. Perlu belajar strategi kembangkan bisnes dan juga branding untuk menaikkan jualan. Perlu juga pelan strategik bisnes untuk kenalpasti halatuju dan bergerak ke arahnya

Kes 2 : Kawalan operasi yang lemah. Ada ketirisan. Stok? Pembelian? Juga tiada pengetahuan kewangan untuk merancang aliran tunai. Ada duit dalam bank dapat terus bayar gaji beli itu ini. Akhirnya cash flow tercekik. Tidak boleh beli barang. Bisnes tergendala

Kes 3 : Enterprise tidak ada share. Kena buat perjanjian pemegang saham. Kita tahu ke apa perjanjian ini? Kita ikut dan main sain je. Lepas tu baru sedar kena tipu. Dalam game ini, siapa ada ilmu, dia king. Dia lepak sahaja bagi orang lain buat kerja lepas tu draf perjanjian memihak kepada dia. Yang bekerja melopong akhirnya. Salah siapa?

Kes 4 : Risiko. Kalau berhenti dan buat bisnes ok memang Alhandulillah. Kalau tak jadi? Lebih baik belajar dulu ilmu bisnes. Cari tempat yang mana boleh belajar ilmu bisnes praktikal dan ilmu menyeluruh bukan cebisan-cebisan. Itu pun belum tentu. TIADA JAMINAN DALAM BISNES. HANYA ALLAH SAHAJA YANG BOLEH MENJAMIN. TAPI LEBIH BAIK TAHU DARI TIDAK TAHU

Kes 5 : Alangkah baiknya jika seorang dari ahli keluarga kita punya ilmu bisnes sebenar dari kewangan, operasi, HR, akta syarikat, undang-undang dan lain-lain? Taklah dengar je cakap orang-orang yang mengaku pandai tapi akhirnya kena tipu. Sekurang-kurangnya kita tahu keluarga kita akan jujur dengan kita. Siapa lagi yang kita mahu harap kalau bukan keluarga kita sendiri?

Kes 6 : Dah lebam-lebam sampai nak masuk ICU baru sedar. Baru nak cari ilmu nak belajar. Kenapa perlu menyusahkan diri rugi beratus ribu, berhutang, hidup sengsara baru nak belajar. Bisnes bukan nak untung sekali tapi nak untung berkali-kali. Bisnes bukan sahaja untuk hari ini tapi untuk esok dan akan datang

BACA:  ORGANISASI KONVENSIONAL VS PROFIT CENTER (PUSAT KEUNTUNGAN)

Kes 7 : Tiada analisis tentang pesaing-pesaing kita. Kita tidak tahu kekuatan mahupun kelemahan mereka. Kita tidak ada strategi untuk bersaing dengan mereka. Mereka sudah pun mengkaji bisnes kita dan tahu kelemahan-kelemahan kita dalam senyap. Kita lalai dan megah dengan apa kita ada tanpa menyedari semuanya boleh hilang begitu sahaja. Bisnes adalah dinamik. Ia sentiasa berubah. Jika kita tidak mengkaji dan berubah maka kita akan rebah.

Ini adalah rutin coaching saya dan mentor-mentor ABS lain. Benda yang sama saya dengar setiap hari. Ianya semua boleh dielakkan kalau kita faham ilmu bisnes sebenar. Itu sebabnya kami mengunjurkan AKADEMI BISNES ABS. Untuk semua belajar ilmu bisnes sebelum menghadapi masalah-masalah di atas. Ilmu bisnes menyeluruh bukan hanya cebisan-cebisan atau kepingan-kepingan ilmu di mana anda hanya lihat apa yang di depan anda dan tidak peka kepada situasi persekitaran.

AKADEMI BISNES ABS menyediakan anda untuk menghadapi cabaran bisnes diluar. Ilmu-ilmu ini nampak tidak relevan pada ketika ini tapi bakal melanda anda pada masa akan datang. Apabila ini berlaku, sekurang-kurangnya anda sudah bersedia sebab anda sudah belajar bagaimana mahu menghadapinya.

Seperti posting saya dahuu, bisnes adalah seperti jigsaw puzzle. Anda harus cantumkan kepingan-kepingan ilmu yang anda dapat untuk melengkapkanĀ puzzle supaya anda boleh melihat keseluruhannya. Selepas itu anda harus interpretasi gambaran jigsaw lengkap dan wujudkan perancangan untuk mencapai misi anda seperti yang digambarkan.

Korbankan masa untuk belajar ilmu bisnes secara menyeluruh dan lengkapkan jigsaw puzzle bisnes anda. Bukan cebisan-cebisan atau kepingan-kepingan ilmu untuk hari ini dan esok sahaja.