Online. Semuanya online sekarang.

Bank sudah kurangkan cawangan. Kedai-kedai juga fokus kepada strategi online + offline di mana bersesuaian. Shopping juga sudah online dimana barangan boleh dibeli tanpa perlu keluar, tempuhi jam, cari parking, minyak dan lain-lain. Kedai-kedai makan juga sudah mula buat delivery bukan sahaja setakat pizza atau burger.

Sektor kerajaan juga sudah mulakan konsep online. Borang-borang permohonan permit-permit, pasport, lesen-lesen semua diisi dan diluluskan online. Begitu juga pembayaran cukai. Bila sistem semua sudah di link secara online maka semakan , bayaran, kompaun juga akan dilakukan secara online.

Pembelajaran juga sudah banyak online. Kursus-kursus, kelas-kelas, e-book, podcast dan juga ijazah semuanya sudah boleh didapati secara online.

Hasilnya, pekerjaan jadi semakin berkurangan. Konsep makan gaji dan setia sehingga tua dengan sesuatu organisasi sudah semakin pupus.

Namun begitu, bakal siswa dan siswazah berpusu-pusu beratur masuk IPTA/IPTS menara gading yang mereka idamkan. Galakan keluarga yang masih berpegang dengan konsep kalau ada segulung ijazah masa depan sudah terjamin.

Graduan-graduan baru pula riang ria dengan keluarga mereka di konvokesyen mereka dengan seribu harapan dan impian masa depan mereka.

Mereka tidak arif perihal senior-senior mereka ramai yang sukar mendapat pekerjaan tetap sekarang. Ada yang mengganggur dan terpaksa membuat kerja sambilan. Kena pula bayar kembali wang PTPTN dan pinjaman lain-lain badan berkanun.

Kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk program-program usahawan dengan geran untuk modal bertapak bagi siswa siswazah menganggur. Tetapi berapa peratus yang sebenarnya berjaya kerana tiada pengalaman dan juga the”right” mentor yang membimbing.

Inilah matlamat AKADEMI BISNES ABS.

ABS mempunyai eko-sistem bisnes dengan lebih 50 syarikat yang menjalankan bisnes dalam pelbagai bidang. Semuanya sedang berkembang melalui program kolaborasi jenama co-branding (dahulunya dikenali sebagai lisensing). Mereka semua mahu berpartner dengan orang lain untuk mengembangkan bisnes. Mereka tidak perlu modal yang besar malah mendapat bayaran dari perkongsian IP bisnes mereka.

Tetapi kadang-kadang timbul masaalah sebab orang yang berpartner dengan mereka tiada ilmu bisnes dan terpaksa di coach dan di pantau.

Diploma Keusahawanan Akademi Bisnes ABS memberi pembelajaran ilmu bisnes serta latihan praktikal bagi melatih pelajar untuk ada mentaliti usahawan.

Mereka kemudian akan menjadi partner yang efisien bagi syarikat-syarikat ABS tanpa perlu banyak pantauan. Syarikat-syarikat ABS akan mendapat partner yang sudah dilatih dengan mentaliti usahawan meningkatkan peluang kejayaan program pengembangan mereka.

Setelah sesuatu tempoh, graduan-graduan ABS ini akan menjadi usahawan berkaliber dan mahu mengembangkan bisnes mereka pula. Mereka pula mengambil graduan diploma ABS yang baru untuk berpartner dengan mereka

Akademi Bisnes ABS dan EKO-SISTEM BISNES ABS akan menjadi ‘self fulfilling’ saling menyokong satu sama lain.

Dalam ertikata lain, mereka ada pilihan untuk menjadi usahawan di ABS atau berkerja di syarikat-syarikat ABS atau membuat bisnes mereka sendiri di luar.

Akademi Bisnes ABS melengkapkan roadmap pelajar dengan membuka peluang berbisnes atau pekerjaan dimana banyak institusi lain tidak boleh kerana mereka tidak ada eko-sistem bisnes seperti di ABS yang sedang pesat mengembang.

Jadilah pelajar Akademi Bisnes ABS.

Peluang berbisnes dan pekerjaan terbuka untuk anda. (tertakluk kepada kekosongan dan kejayaan kerjasama)

EKO-SISTEM ABS menanti anda.