SEPINTAS LALU ABS

ABS Ainon Holdings Sdn Bhd merupakan sebuah sekolah bisnes yang menjalankan bisnes. Ditubuhkan pada tahun 2013 dengan slogan “Membawa Kebaikan”, ABS mempunyai matlamat dalam memberikan nilai-nilai yang baik kepada seluruh alam. ABS menjalankan bisnes secara patuh syariah, mengamalkan gerak kerja grup genius dan bisnes secara inovatif.

MISI ABS

Membina ekosistem yang kukuh serta patuh syariah di pasaran terbuka bagi menyokong anak anak syarikat, syarikat syarikat sekutu, pemegang pemegang lesen dan semua yang berada di dalam ekosistem ini:

Untuk menggandakan tahap kejayaan rakan rakan kongsi yang berpotensi

Menaikkan keupayaan syarikat syarikat yang berpotensi ke syarikat yang berupaya diapungkan

Kaya dengan mengkayakan pihak yang berkerjasama dengan ABS

Apakah Akademi Bisnes ABS?

AKADEMI BISNES ABS ialah sebuah inisiatif baru dari ABS AINON HOLDINGS SDN BHD untuk membuka peluang bagi pelajar lepasan SPM dan graduan-graduan (bekerja atau menganggur) yang ingin menceburkan diri dalam bidang bisnes. Ia juga terbuka kepada mereka yang sedang berbisnes yang ingin mendalami lagi ilmu bisnes atau melatih ketua-ketua syarikat mereka sebagai intraprenuer.

ABS mempunyai eko-sistem bisnes sendiri yang terdiri dari 50 syarikat IKS dalam pelbagai bidang dan sedang berkembang dengan konsep pengembangan unik ABS. Perancangan ABS ialah untuk mempunyai 200 syarikat di dalam eko-sistem ABS menjelang 2019. ABS juga mempunyai 180,000 followers di facebook page Puan Ainon Mohd founder dan penaung ABS AINON HOLDINGS.

Eko-sistem ini adalah nadi ABS dimana syarikat-syarikat dibawahnya berkembang dibawah tunjuk ajar ABS dan membuka peluang pekerjaan, pengurusan, berbisnes dan juga pembelajaran bisnes praktikal untuk masyarakat umum

Ekosistem ABS

Untuk Keterangan Lanjut

Jika anda berminat untuk berbisnes, inilah tempat untuk anda belajar teori dan aplikasi!